mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q1 2017) – Puan Norhayati Jamaludin

Norhayati Jamaludin

 

 

Norhayati Jamaludin

Nama: Norhayati 

Usahawan : Rempeyek Kabiras

Ahli : 2015

 

Latar belakang

Merupakan pengusaha industri kecil-kecilan dalam pembuatan rempeyek. Rempeyek Kabiras Enterprise dikilangkan di Kuala Ketil dan mempunyai 15 orang pekerja dan beroperasi setiap hari. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tiada kemahiran dalam ICT dan juga pemasaran online.

Melakukan jualan dengan menghantar ke kedai-kedai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Puan Norhayati juga terbabit dalam projek video usahawan bagi  Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil. Beliau kini menyedari peredaran masa telah membuatkan kaedah perniagaan juga berubah dari masa ke masa.