mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat PEDi Kg Batu 1 Kuala ketil

Gambar pedi

 

SELAMAT DATANG

KE DUNIA SIBER

PEDi KG BATU 1, KUALA KETIL

 

 

PEDi  Kg. Batu 1 Kuala Ketil mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PEDi Kg Batu 1 merupakan sebuah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat di luar bandar. Tanggal 28 September 2009, PEDi Kg Batu 1, telah dibuka dan beroperasi kepada penduduk komuniti dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan.

 

Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar Bandar.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi Kg Batu 1 Kuala Ketil sebagai rangkaian bagi setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. 

 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

          •  E-Pembelajaran (E-Learning)
          •  E-Perkhidmatan Kerajaan (E-Government)
          •  Pengumpulan dan pertukaran maklumat
          •  Pusat Komunikasi
          •  Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
          • Pusat peperiksaan dan persijilan

 

Lokasi :  PEDi Kg Batu 1

Bilik Gerakan Kg Batu 1, 09300 Kuala Ketil, Kedah

 Gambar pedi

 

 

 

Perkhidmatan yang ditawarkan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi Kg. Batu 1, Kuala Ketil ini antaranya ialah :

  •   Penggunaan komputer/internet
  •   Fotostat
  •   Mencetak (print)
  •   Laminating
  •   Binding
  •   Mengimbas (scan)
  •   Menerima tempahan menaip surat dan lain-lain

 

PEDi Kg. Batu 1, juga menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua ahli Pusat Internet yang berdaftar tanpa mengira golongan muda atau tua. Antara kelas ICT yang ditawarkan ialah:

  •    Asas Komputer (Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel, Microsoft Office PowerPoint)
  •    Pengenalan Asas Perkakasan Komputer
  •    Pengenalan Asas Internet
  •    E-mail
  •    Aplikasi Elektronik (E-Pembelajaran, E-Kerajaan, E-Dagang)
  •    Photo Editing
  •    Kelas Keusahawanan (Kedai Atas Talian ; Shopee / TikTok)

 

 

 

Jumlah Ahli PEDi Kg Batu 1 Kuala Ketil

Jumlah Keahlian PEDi  Kg Batu 1 Kuala Ketil setakat 2022 adalah 1877 orang.

Berikut jumlah keahlian PEDi Kg Batu 1 Kuala Ketil mengikut tahun dari beroperasi:

    Tahun

       Bilangan (org)

 2009 102 
 2010 211 
 2011 678 
 2012 108 
 2013 111 
 2014 277 
 2015  26
2016 90
2017 74
2018 62
2019  90
2020 15 
2021
2022  20

*Setakat 2022