Nama: Siti Izzah Binti Mohd Yusuf
Usahawan : Agen Dropship
Ahli : 2009
Latar belakang
Merupakan peniaga kecil-kecilan (agen dropship) bagi membantu menambah pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Izzah melakukan jualan terus kepada pelanggan. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web. Beliau seorang yang kreatif dalam usahanya untuk membantu perniagaan ini.