Nama: Noorrohaida Binti Mostafa
Usahawan : Perniagaan Kek
Ahli : 2013
Latar belakang
Puan Noorrohaida merupakan seorang surirumah dan menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan membuat kek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan Noorrohaida kurang pengetahuan mengenai pemasaran produk. Beliau hanya mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran bakerinya. Beliau juga mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web.