Nama: Nur Zatul Husna Binti Zakaria
Usahawan : Agen Dropship Produk Rempeyek
Ahli : 2014
Latar belakang
Nur Zatul Husna merupakan seorang surirumah dan menjadi agen dropship secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan produk rempeyek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Zatul Husna melakukan jualan terus kepada pelanggan kerana pengetahuan beliau tentang pemasaran amat terhad. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya.