Nama: Rozita Binti Mokhtar
Usahawan : Produk Berasaskan Kraf (Homemade)
Ahli : 2020
Latar belakang
Puan Rozita menyediakan perkhidmatan kraftangan seperti bantal bunga ros, beg anyaman dan lain-lain produk kraftangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil, beliau tiada asas mengenai komputer. Pengetahuan beliau tentang pemasaran juga adalah terhad. Beliau telah menghadiri pelbagai latihan/bengkel berkaitan ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet bagi menambah serta memantapkan pengetahuan. Pelanggan beliau pula terdiri daripada pelanggan yang sedia ada sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya.