Nama : Zahrina Binti Zabidi
Umur : 36 Tahun
Ahli : 2013
Latar belakang
Zahrina merupakan seorang pembantu di sebuah Tabika Kemas. Beliau berminat untuk mengikuti kelas ICT dan telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Kg Batu 1, Kuala Ketil untuk menambahkan ilmu pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, Zahrina hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer. Penggunaan internet dan tahap pengetahuan tentang cara menggunakan perkakasan komputer juga adalah kurang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang penglibatan beliau di dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti, beliau telah mempelajari pelbagai modul yang disediakan di Pusat Internet. Beliau merupakan seorang yang mudah memahami arahan serta tugas yang diajar oleh petugas di Pusat Internet. Beliau juga menyedari bahawa betapa pentingnya kemahiran komputer yang mana akan memberikan lebih banyak peluang di masa hadapan. Beliau juga diajar tentang cara membuat emel dan cara menggunakan enjin carian.