mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT (Q4 2021) – Norhazilah Binti Abdullah

Nama : Norhazilah Binti Abdullah

Umur : 39 Tahun

Ahli : 2014

 

Latar belakang

Norhazilah merupakan seorang guru di sebuah Tabika Kemas. Beliau berminat untuk mengikuti kelas ICT dan telah berkunjung ke PEDi Kg Batu 1, Kuala Ketil untuk menambahkan ilmu pengetahuan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri di PEDi, Norhazilah hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer. Penggunaan internet dan tahap pengetahuan tentang cara menggunakan perkakasan komputer juga adalah kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sepanjang penglibatan beliau di dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh PEDi, beliau telah berjaya menambah kemahiran dalam asas pengkomputeran seperti mewujudkan emel sendiri, cara menggunakan emel dengan baik, Asas Lembaran Kerja (Word, Excel dan perbankan atas talian. Hal ini kerana pengetahuan berkaitan komputer merupakan keperluan dalam bidang kerjaya yang diceburinya.