|
Tarikh : 12 Ogos 2025 Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil Peserta : 140 pelajar |
Tujuan
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat, khususnya pelajar, tentang penggunaan Internet yang selamat, beretika, dan bertanggungjawab, sambil membendung risiko seperti buli siber, penipuan, dan kandungan berbahaya melalui pendekatan interaktif dan pendidikan digital.
Aktiviti
Penerangan tentang keselamatan siber, etika digital, dan risiko dalam talian disampaikan oleh fasilitator kepada pelajar yang telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap fasilitator menjalankan sesi kempen ini dengan memberikan taklimat dan juga aktiviti seperti kuiz kepada para pelajar.