mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos 2025 – NADI E-Sukan – Pertandingan Saringan Mobile Legends

Tarikh           : 29 Ogos 2025

Masa            : 10.00 pagi – 12.30 tengahari

Lokasi          : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 23 orang

Tujuan
Tujuan saringan Mobile Legends ini adalah untuk mencari wakil yang akan mewakili NADI dalam pertandingan Peringkat Negeri. Melalui permainan Mobile Legends ini pemain belajar untuk menghadapi tekanan dan mengatasi cabaran, meningkatkan daya tahan mental serta peluang kerjaya. Kini Esport semakin berkembang sebagai industri, membuka peluang untuk kerjaya dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran, dan kejurulatihan.

Aktiviti

Pertandingan Mobile Legends ini dimulakan dengan aktiviti pendaftaran dan sesi taklimat peraturan sebelum perlawanan dijalankan dalam format tertentu seperti kalah mati atau liga. Semasa pertandingan, pemain berinteraksi dan membincangkan strategi dan pertandingan dijalankan secara dua ke tiga pusingan untuk menentukan pemenang.

Gambar Disini