mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Februari 2026 – DILEA – Open Tuition Matematik (Tingkatan 1)

Tarikh           : 6 Februari 2026

Masa            : 9.15 pagi – 10.15 pagi

Lokasi          : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil

Peserta        : 1 orang

Tujuan
Meningkatkan penguasaan Matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 dengan menyediakan akses pembelajaran percuma yang mudah diikuti oleh semua pelajar. Ia juga membantu pelajar memahami konsep asas Matematik secara lebih sistematik, di samping menggalakkan pembelajaran interaktif melalui latihan dan sesi soal jawab. Selain itu ia dapat membina keyakinan pelajar dalam menyelesaikan masalah asas dengan lebih berkesan.

Aktiviti

Topik pembelajaran hari ini ialah kuasa dua dan punca kuasa, di mana pelajar akan didedahkan kepada konsep mendarab nombor dengan dirinya sendiri untuk mendapatkan kuasa dua serta memahami bagaimana mencari nombor asal melalui punca kuasa. Pelajar juga turut menjalani latihan soalan serta perbincangan jawapan bagi mengukuhkan kefahaman. Seterusnya, sesi soal jawab dijalankan bagi memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar.

Gambar Disini