
Nama : Nur Iliya Insyirah Bt Mohd Rosli
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Nur Iliya merupakan seorang pelajar Lepasan SPM. Datang Pusat Internet Kg Batu 1 untuk menambah pengetahuan dalam ICT selepas rakannya telah berjaya menamatkan latihan ICT di sini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nur Iliya pada mula hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer. Beliau juga tidak mengetahui fungsi lain emel selain sebagai kata nama untuk log masuk aplikasi Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang penglibatan Nur Iliya dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telah mempelajari pelbagai modul antaranya Intel Easy Steps, Adobe Photoshop dan lain-lain lagi. Setelah melalui pelbagai modul, beliau sudah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam menaip. Hasilnya beliau berjaya melakukan latihan intensif lagi tanpa bantuan pihak lain.