mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT (Q3 2018) – Nur Batrisyia Binti Mohd Tabie

Umur : 9 Tahun

Ahli : 2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah. Seorang yang kreatif dan ingin tahu berkaitan dengan komputer dan internet. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, Batrisyia hanya menggunakan komputer untuk tujuan permainan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sepanjang penglibatan Batrisyia dalam kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet bersama rakannya, Batrisyia merupakan seorang yang sering bertanya dan cepat belajar. Selepas menjalani latihan ICT di sini, Batrisyia kini mampu melakukan aktiviti berkaitan ICT tanpa bantuan orang lain. Mampu menaip dan tugasan berkaitan MS Office dengan jayanya. Menambah ilmu tentang menu atau sub menu yang terdapat dalam aplikasi yang diajar dan juga dalam aplikasi e-pembelajaran.