Nama : Nurul Najwa Binti Mat Johari
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Merupakan seorang lepasan pelajar dan tidak bekerja. Membantu kerja-kerja dirumah. Berminat mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersama Pusat Internet, Najwa tidak mempunyai kemahiran asas tentang komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang penglibatan Nurul Najwa dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau seorang yang ingin tahu. Selama mengikuti latihan / bengkel di Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil beliau banyak menanyakan soalan yang berkaitan komputer. Selepas menjalani latihan ICT di Pusat Internet, beliau kini mampu melakukan aktiviti berkaitan ICT tanpa bantuan orang lain. Mampu menaip dan tugasan berkaitan MS Office dengan jayanya. Menambah ilmu tentang menu atau sub menu yang terdapat dalam aplikasi yang diajar.