Nama : Habibah Binti Mohd Razali
Usahawan : Peralatan Jahitan dan Aksesori Wanita
Ahli : 2010
Latar belakang
Sebelum memiliki kedai jahitan sendiri, Habibah menjalankan perniagaan dari rumah kerana terikat dengan waktu kerja sebagai Pembantu tadika. Kini Habibah sepenuh masa menjalankan perniagaannya itu melalui kedai jahitannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Komuniti Kg Batu 1, beliau mempromosikan produk jualannya melalui kenalan dan pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Habibah juga hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya.Selain memiliki sebuah kedai jahitan secara fizikal, kini habibah sudah melancarkan perniagaan atas talian menerusi platform Shopee.