Nama : Mohd Firdaus Bin Ahmad Damri
Umur : 20 Tahun
Ahli : 2020
Latar belakang
Mohd Firdaus merupakan seorang kerani di sebuah kilang. Beliau berminat dan telah berkunjung ke Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil untuk menambahkan ilmu pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di Pusat Internet, Mohd Firdaus hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang penglibatan beliau di dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telah mempelajari pelbagai modul yang disediakan di Pusat Internet. Beliau juga dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dalam asas komputer dan seorang yang cepat belajar. Setelah melalui pelbagai modul, beliau sudah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam menaip. Beliau juga diajar tentang cara membuat emel dan cara menggunakan enjin carian.