Nama : Siti Izzah Binti Mohd Yusuf
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2009
Latar belakang
Merupakan seorang bekas pelajar UiTM. Beberapa tahun lalu beliau telah mengalami kemalangan parah di bahagian kepala menyebabkan beliau kini tidak mampu melakukan aktiviti berat. Beliau meminati bidang pengkomputeran dan sentiasa menyokong dan menyertai program di Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan bersama Pusat Internet, Izzah hanya mempunyai kemahiran asas tentang komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang penglibatan Izzah dalam latihan / bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet, beliau telah mempelajari pelbagai modul antaranya Intel Easy Steps, Asas Penggunaan Internet dan lain-lain lagi. Setelah melalui pelbagai modul, beliau sudah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta kecekapan dalam menaip. Hasilnya beliau berjaya melakukan latihan intensif lagi tanpa bantuan pihak lain.