mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q2 2019) – Noorrohaida Bt Mostafa

Nama: Noorrohaida Binti Mostafa

Usahawan : Perniagaan Kek

Ahli : 2013

 

Latar belakang

Puan Noorrohaida merupakan seorang surirumah dan menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan membuat kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan Noorrohaida kurang pengetahuan mengenai pemasaran produk. Beliau hanya mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran bakerinya. Beliau juga mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web.