
Nama: Norliah Binti Hamzah
Usahawan : Kerepek
Ahli : 2012
Latar belakang
Merupakan pengusaha industri kecil-kecilan dalam pembuatan kerepek. Norliah menghasilkan pelbagai jenis kerepek berperisa seperti Kerepek Pisang Biasa, Kerepek Pisang BBQ dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil, promosi dan tempahan barangan jualan dilakukan melalui hebahan pelanggan sedia ada. Pengetahuan mengenai ICT dan kemahiran berkomputer adalah kurang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web. Tahap pengetahuan ICT beliau semakin baik dimana beliau sudah tahu menggunakan emel bagi sebarang urusan yang melibatkan tempahan atau info berkaitan perniagaan dari pihak penganjur.