mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q1 2018) – Nur Fatin Asyikin Bt Alias

 

Nama: Nur Fatin Asyikin Bt Alias

Usahawan : Produk Kosmetik

Ahli : 2017

Latar belakang

Menceburi bidang perniagaan bersama sepupunya dan memperluaskan perniagaan mereka dengan kini menyewa sebuah kedai di Kuala Ketil. Nur Fatin amat meminati bidang kecantikan dan fesyen. Produk Kosmetik menjadi produk utama bagi Nur Fatin semasa menceburi bidang perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Batu 1 bersama sepupunya, beliau dapat mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya. Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka. Bagi Nur Fatin walaupun kini beliau sudah mampu berdikari tapi ilmu yang didapati masih belum cukup dan akan terus menambah ilmu. Nur Fatin juga akan meluangkan masa ke Pusat Internet sekiranya terdapat aktiviti atau program yang dijalankan di sini.