mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q1 2020) – Nurul Sobah Binti Abd Majid

Nama: Nurul Sobah Binti Abd Majid

Usahawan : Menjual Produk Makanan 

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nurul Sobah merupakan seorang surirumah dan juga pengusaha produk makanan. Beliau hanya menerima tempahan dari orang terdekat sekitar Kuala Ketil sahaja. Beliau juga menggunakan pelbagai pengalaman yang diperolehi telah berjaya mengembangkan perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Disebabkan kaedah promosi melalui cara  tersebut,  pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kewujudan perniagaannya adalah terhad. Pelanggannya tidak ramai dan pendapatan yang diperolehi tidak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya. Beliau juga mempelajari teknik pemasaran, copy writing dan memuatnaik produk serta teknik fotografi produk.