mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q1 2021) – Nurhafizah Binti Thamin

Nama: Nurhafizah Binti Thamin

Usahawan : Perniagaan ‘Bouquet Bajet’ 

Ahli : 2018

 

Latar belakang 

Menerima tempahan dari orang terdekat sahaja sekitar kuala ketil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Komuniti Kg Batu 1, pengetahuan Nurhafizah tentang pemasaran amat terhad. Pelanggan beliau hanya dikalangan pelanggan yang sedia ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Komuniti Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya. Beliau juga mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web dan teknik fotografi produk.