Nama: Nurisyawani Syafika Binti Rosimi
Usahawan : Perniagaan Berasaskan Coklat
Ahli : 2016
Latar belakang
Nurisyawani merupakan seorang anak muda yang menceburi bidang perniagaan berasaskan coklat yang kenali sebagai ChocoCruch Ketagih. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2020 sehingga kini kerana minat yang mendalam untuk membuka perniagaan sendiri. Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam melakukan sebarang kerja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau tidak mempunyai asas mengenai komputer. Beliau hanya mempromosikan produk kepada kawan-kawan dan jiran yang berdekatan sahaja. Sejak menyertai Pusat Internet pada tahun ini, beliau telah menghadiri pelbagai latihan/bengkel berkaitan ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet bagi menambah serta memantapkan pengetahuan beliau terhadap ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Komuniti Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran, teknik fotografi produk dan cara memasarkan produk jualan ke laman web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya. Kini beliau lebih mahir dan dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas dengan menggunakan platform kedai online (Shopee).