mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q1 2018) – Nurul Izzati Bt. Abdul Manap

 

Nama: Nurul Izzati Bt. Abdul Manap

Usahawan : Agen Dropship

Ahli : 2010

Latar belakang

Mempunyai sebuah kedai di Kuala Ketil yang menjual pelbagai produk, antara produk yang dijual adalah kelengkapan seperti produk kosmetik, minyak wangi, sabun, Jagung Cup dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya. Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka.