mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q2 2017) – Azlan Bin Ahmad

Nama: Azlan Bin Ahmad

Usahawan : Pengusaha Kacang Dal (Parpu) Goreng Pedas

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Merupakan pengusaha Kacang Dal (Parpu) Goreng Pedas dan juga meniaga secara kecil-kecilan di sebuah gerai di Kuala Ketil. Antara menu yang dijual pelbagai jenis air dan kuih muih. Kacang Dal pedas ni mendapat sambutan di kalangan penduduk Kuala Ketil dan juga luar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengunjungi Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil, promosi dan tempahan barangan jualan dilakukan melalui hebahan pelanggan sedia ada. Pengetahuan mengenai ICT dan kemahiran berkomputer adalah kurang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Tahap pengetahuan ICT beliau semakin baik dimana beliau sudah mampu menggunakan komputer tanpa bantuan pihak lain. Kini produk kacang dhal pedas beliau mendapat sambutan yang baik dari dalam dan luar Kuala Ketil.