Nama: Hafidzah Binti Kamarul Zaman
Usahawan : Produk Kesihatan
Ahli : 2017
Latar belakang
Merupakan seorang suri rumah yang berusaha menambah pendapatan keluarga menyebabkan Puan Hafidzah menjinakkan diri dalam bidang perniagaan iaitu sebagai agen droship bagi produk kesihatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan hafidzah mempromosikan produk jualannya melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut dengan mengadakan “demo” dari rumah ke rumah. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1 , Puan Hafidzah dapat mempelajari pelbagai ilmu yang dapat membantunya memasarkan produk jualan ke dalam web. Puan Hafidzah turut mengambil peluang untuk mempromosikan produk beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop. Puan Hafidzah seringkali berkunjung ke Pusat Internet bagi membantunya dalam ilmu ICT dan pemasaran produk. Baginya ilmu itu tidak mengenal usia.