mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q2 2018) – Muhammad Fakrul Zaman Bin Suhaidi

 

Nama: Muhammad Fakrul Zaman Bin Suhaidi

Usahawan : Produk Kesihatan

Ahli : 2011

 

Latar belakang

Menjinakkan diri dalam bidang perniagaan sebagai sambilan dan salah satu menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Fakhrul mempromosikan produk jualannya melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Batu 1 , Fakhrul dapat mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Fakhrul juga kini boleh membuat risalah berkaitan produknya dengan sendiri menggunakan aplikasi yang dipelajarinya. Fakhrul turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka. Walaupun Fakhrul kini sudah mahir, namun kadang kala turut berkunjung ke Pusat Internet bagi menambah ilmu dalam menyertai aktiviti di Pusat Internet.