mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q2 2020) – Azlan Bin Ahmad

Nama: Azlan Bin Ahmad

Usahawan : Menyediakan Perkhidmatan Katering

Ahli : 2016

 

Latar belakang

Menyediakan perkhidmatan katering (tempahan makanan dan minuman) sekitar Kuala Ketil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, pengetahuan beliau tentang pemasaran adalah terhad. Beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya.