Nama: Norihan Binti Chit Alim
Usahawan : Agen Dropship
Ahli : 2015
Latar belakang
Norihan Chit Alim merupakan bekas petugas PJL Teloi Timur yang kini merupakan Petugas Perpustakaan Desa. Mula menjinakkan diri dalam perniagaan droship bagi pewangi kereta dan produk Min Kaffe.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengunjungi Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil, beliau tiada asas mengenai komputer. Sejak menyertai Pusat Internet pada 2015, beliau telah menghadiri pelbagai latihan/bengkel berkaitan ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet bagi menambah serta memantapkan pengetahuan beliau terhadap ICT. Beliau jugak tidak yakin untuk melakukan sesuatu berkaitan “online” jika tidak ke Pusat Internet. Beliau sering berhubung atau datang ke Pusat Internetuntuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya.