Nama: Mariani Binti Zulkeply
Usahawan : Perkhidmatan Bekam & SPA
Ahli : 2018
Latar belakang
Menjinakkan diri dalam bidang perniagaan dengan melakukan khidmat bekam kepada orang sekeliling.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan Mariani mempromosikan perkhidmatannya melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1 , Puan Mariani dapat mempelajari bagaimana memasarkan perkhidmatan bekam dan SPA ke dalam laman sosial. Selain itu, Puan Mariani juga mempelajari bagaimana untuk mengedit dan mengumpul testimoni para pelanggan untuk dimasukkan ke dalam Facebook Page milik beliau bagi tujuan promosi dan memberi keyakinan kepada pelanggan barunya.