Nama: Zahrina Binti Zabidi
Usahawan : Agen Dropship
Ahli : 2013
Latar belakang
Merupakan seorang suri rumah. Menjadi Agen Drospship pelbagai barangan termasuk berkaitan dengan penjagaan rambut. Seorang yang pandai berkata-kata, mempunyai minat dalam perniagaan. Menjadikan perniagaan dropship ini sebagai tambahan pendapatan keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan Zahrina mempromosikan produk jualannya melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1 , Puan Zahrina dapat mempelajari pelbagai ilmu yang dapat membantunya memasarkan produk jualan ke dalam web. Puan Zahrina turut mengambil peluang untuk mempromosikan produk beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop. Selain itu, promosi produk jualan turut dimuatnaik melalui ruang laman sosial seperti Facebook dan Instagram.