mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q3 2020) – Nor Muizah Binti Shamsuri

Nama: Nor Muizah Binti Shamsuri

Usahawan : Produk Makanan 

Ahli : 2020

 

Latar belakang

Merupakan seorang guru dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan pekasam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Puan Muizah mempromosikan produk jualannya melalui kenalan dan pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Batu 1 , beliau dapat mempelajari pelbagai ilmu dan mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam platform kedai online (Shopee).