mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q3 2021) – Habibah Binti Mohd Razali

Nama: Habibah Binti Mohd Razali

Usahawan : Peralatan Jahitan dan Aksesori Wanita

Ahli : 2010

Latar belakang

Sebelum memiliki kedai jahitan sendiri, Habibah menjalankan perniagaan dari rumah kerana terikat dengan waktu kerja sebagai Pembantu tadika. Kini Habibah sepenuh masa menjalankan perniagaannya itu melalui kedai jahitannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Komuniti Kg Batu 1, beliau mempromosikan produk jualannya melalui kenalan dan pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Selain itu, beliau hanya mempunyai kemahiran asas sahaja tentang komputer dan pengetahuan atas talian adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran dalam mengembangkan pasaran perniagaannya.Selain memiliki sebuah kedai jahitan secara fizikal, kini habibah sudah melancarkan perniagaan atas talian menerusi platform Shopee.