Nama: Nor Aini Binti Din
Usahawan : Kuah Rojak
Ahli : 2017
Latar belakang
Nor Aini merupakan seorang suri rumah dan juga pengusaha kuah rojak secara kecil-kecilan di rumahnya. Menggunakan pelbagai pengalaman yang diperolehi telah berjaya mengembangkan perniagaan kuah rojaknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Disebabkan kaedah promosi melalui cara tersebut, pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. Pendedahan dan pengetahuan mengenai kewujudan perniagaannya adalah terhad. Pelanggannya tidak ramai dan pendapatan yang diperolehi tidak memuaskan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan ke dalam web. Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka.