mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q4 2017) – Rosnita Binti Md Rashid

 

Nama: Rosnita Binti Md Rashid

Usahawan : Perniagaan Kek dan Roti

Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Rosnita Binti Md Rashid telah berkecimpung dalam dunia penghasilan (Bakeri) sejak 6 tahun lalu. Mendapat latihan/bengkel kek. Puan Rosnita penah diminta untuk mengendalikan Bengkel Kek di bawah kendalian RISDA. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama suaminya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, beliau mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana memasarkan produk jualan  ke dalam web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya. Beliau turut mengambil peluang untuk mempromosikan perniagaan beliau di dalam dashboard Pusat Internet iaitu My Shop yang mana ia membantu komuniti sekitar mengiklankan seterusnya mempromosikan perniagaan mereka. Selain itu, Puan Rosnita telah terlibat bagi penghasilan video usahawan Pusat Internet Kg Batu 1 sebagai salah satu promosi bagi perniagaannya.