mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q4 2019) – Noor Hidayat Haji Ibrahim

Nama: Noor Hidayat Haji Ibrahim

Usahawan : Perniagaan Cheese Tart

Ahli : 2019

Latar belakang

Menjalankan peniagaan secara kecil-kecilan dengan menerima tempahan membuat cheese tart dari orang terdekat sahaja sekitar Kuala Ketil.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan  ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Noor Hidayat kurang pengetahuan mengenai pemasaran produk. Beliau hanya mempromosikan perniagaan melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut. Pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan sedia ada, rakan-rakan dan saudara mara sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari teknik pemasaran dan bagaimana meningkatkan kebolehpasaran cheese tart. Beliau juga mempelajari bagaimana memuatnaik produk jualan ke dalam web dan teknik fotografi produk.