mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan (Q4 2019) – Siti Rokiah Binti Ibrahim

Nama: Siti Rokiah Binti Ibrahim

Usahawan : Menjual Pakaian Wanita

Ahli : 2019

Latar belakang

Siti Rokiah merupakan seorang surirumah dan mula menjinakkan diri dalam perniagaan droship menjual pakaian wanita.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengunjungi Pusat Internet Kg Batu 1, Kuala Ketil, beliau tiada asas mengenai komputer. Sejak menyertai Pusat Internet pada tahun ini, beliau telah menghadiri pelbagai latihan/bengkel berkaitan ICT yang di anjurkan oleh Pusat Internet bagi menambah serta memantapkan pengetahuan beliau terhadap ICT. Pelanggan beliau pula terdiri daripada pelanggan yang sedia ada sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1, beliau mempelajari bagaimana meningkatkan kebolehpasaran, teknik fotografi produk dan cara memasarkan produk jualan  ke laman web. Beliau juga telah mampu berdikari dalam melakukan apa saja yang berkaitan dengan ICT dan komputer tanpa menggunakan khidmat orang lain sepenuhnya.