Nama: Hasmah Binti Zabidi
Usahawan : Minuman
Ahli : 2011
Latar belakang
Membantu mengembangkan perniagaan keluarga iaitu minuman Air Tebu. Seorang pekerja di sebuah kilang dan berniaga sebagai sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau penglibatan bersama Pusat Internet Kg Batu 1, Hasmah mempromosikan jualan air tebu melalui kaedah hebahan dari mulut ke mulut serta kenalan rapat. Pelanggannya adalah terdiri daripada komuniti setempat, rakan-rakan dan saudara mara sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Batu 1 , Hasmah mempelajari bagaimana untuk membantu meluaskan perniagaan keluarganya melalui promosi di web dan laman sosial. Seoarang yang kreatif dalam usahanya untuk membantu perniagaan keluarga ini. Berupaya menambah pendapatan keluarga hasil pengiklanan di web.