Tarikh : 17 Jun 2025 Masa : 9.30 pagi – 11.45 pagi Lokasi : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil Peserta : 2 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan pantas dan praktikal kepada usahawan baharu serta bakal usahawan dalam bidang pengurusan dan operasi perniagaan melalui pembelajaran fleksibel secara video, webinar dan podcast.
Aktiviti
Para peserta mendengar taklimat melalui aplikasi Google Meet. Peserta juga perlu menonton video yang disediakan penganjur yang mana ia membincangkan modul asas perniagaan secara mudah dan padat. Program ini turut menawarkan sesi webinar atas talian untuk interaksi bersama pakar industri serta tontonan podcast yang memaparkan kisah inspirasi dan tip keusahawanan. Antara modul yang akan dipelajari termasuklah Pengurusan Kewangan, Perancangan Perniagaan, Strategi Pemasaran dan Operasi Perniagaan.