|
Tarikh : 22 Ogos 2025 Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi memberikan pendedahan pada pelajar tentang asas penggunaan Microsoft Office serta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Pelajar diberikan pendedahan tentang bagaimana untuk memasukkan gambar ke dalam teks, format kedudukan gambar dan tulisan, jenis tulisan dan membuat jadual.
Aktiviti
Melalui kelas ini, pelajar dapat belajar menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat didalam perisian Microsoft Word dan mengendalikan mouse (tetikus) serta keyboard (papan kekunci) dengan baik.