|
Tarikh : 27 September 2025 Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Lokasi : NADI Kg Batu 1, Kuala Ketil Peserta : 2 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas robotik dan pengaturcaraan serta menggalakkan minat mereka dalam bidang STEM melalui aktiviti yang menyeronokkan. Bengkel ini juga bertujuan melatih kemahiran berfikir kritis, menyelesaikan masalah serta membina semangat kerja berpasukan ketika membina robot Sumo secara asas.
Aktiviti
Sesi dimulakan dengan pengenalan tentang konsep robot Sumo dan peraturan asas pertandingan, diikuti penerangan mengenai komponen penting seperti sensor, motor, roda dan papan litar. Seterusnya, peserta menjalankan aktiviti praktikal membina robot Sumo secara berkumpulan dengan bimbingan fasilitator.