mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

Kawasan pelancongan dan rekreasi yang terdapat berhampiran dengan Kampung Batu Satu, Kuala Ketil antaranya ialah: 

Hutan Lipur Bukit Hijau

Hutan Lipur Bukit Hijau terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, terletak 15 km dari Kuala Ketil. Antara tempat yang menarik di sini ialah air terjun 5 tingkat.Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh dijumpai di sini. Untuk sampai ke sini, pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki teksi dari pekan Kuala Ketil.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini, antaranya ialah tempat berkelah, trek, chalet, surau, tandas awam dan gerai makan. 

Kepada pengunjung yang ingin bermalam di Hutan Lipur Bukit Hijau untuk menikmati udara segar, bolehlah menginap di Nur Bukit Hijau Chalet.

Nur Bukit Hijau Chalet terletak di Hutan Bukit Hijau, Kedah Darul Aman.Lokasi Nur Bukit Hijau Chalet ini terkenal kerana adanya air terjun tujuh tingkatnya yang menerjah ke kolam lalu menjadi tumpuan para pengunjung dari seluruh pelusuk negara. Para pengunjung yang mencintai kehijauan dan ketenangan akan sentiasa mengingati keindahan Nur Bukit Hijau.