mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari Ini

Renung-renungkanlah kata-kata ini.

 

“Wanita adalah insan yang begitu istimewa.Begitu indah dipandang mata.Wanita diciptakan untuk menemani lelaki.Wanita dijadikan dari rusuk lelaki bukan dari kepalanya untuk menjadi sanjungan dan bukan dari kaki untuk menjadi alasnya.Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai.Wanita dikaca mata lelaki sungguh istimewa”.
 
Wanita di sekitar Kg Batu Satu banyak melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang berpusat di Surau Kg Batu Satu.Penglibatan kaum ini dapat dilihat setiap kali aktiviti diadakan di sekitar kampung.Selain itu, kaum wanita di kampung ini juga lebih cenderung untuk melakukan aktiviti seperti menyediakan masakan. Hal ini terbukti apabila setiap malam Jumaat, surau akan mengadakan bacaan yasin dan kaum-kaum hawa akan sibuk melakukan aktiviti menyediakan makanan sempena majlis bacaan yasin tersebut. Aktiviti ini dilakukan secara bergotong-royong, di samping mengeratkan silaturrahim antara mereka setiap kali aktiviti sebegini diadakan.

Selain itu, kaum wanita di sini turut mengadakan kelas agama dan fardhu ain bagi kaum-kaum ibu. Kelas diadakan di dewan bersebelahan PUSAT INTERNET pada setiap hari Rabu pada jam 2.30 petang setiap minggu. kelas ini diadakan bagi membolehkan kaum wanita yang berdekatan membetulkan serta melancarkan lagi bacaan mereka.

Di samping itu, setiap kali tibanya upacara perkahwinan, maka kaum wanita akan terlibat dalam aktiviti berzanji serta berada di rumah kenalan yang mengadakan majlis perkahwinan. Ini adalah satu aktiviti yang dapat memberikan pendedahan kepada para generasi akan datang tentang peranan yang dimainkan oleh kaum wanita.